Followers

Monday, March 16, 2009

semalam yang sedih

Al-Fatehah buat sahabat aku yang telah kembali ke Rahmatullah.
buat arwah Mohd Shah Hanif Bin Amin.pemergian mu teramat dirasai.
arwah telah meninggalkan kite semua pada hari khamis malam jumaat kerana kemalangan jalanraya.
arwah adalah seorang yang kelakar disamping peramah.arwah juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan mempunyai ramai sahabat.semasa berita kematian arwah, ramai sahabat2 balik ke palong timur dan melawat ke rumah arwah.aku sendiri menyaksikan sahabat2 membantu semasa hendak menurunkan keranda arwah dari van.
ketika itu suasana sedih menyelubungi kawasan itu. kami yg berada disitu turut tidak dapat mengawal perasaan sedih apabila teringat kenangan bersama arwah.
tangisan ibu dan bapa serta adik beradik arwah masih terngiang2 di telinga aku,
malam selepas melawat jenazah, aku teringat2 wajah seri arwah. hanya luka2 kecil terpalit di wajah arwah. dan aku dapat melihat wajah arwah masih dalam keadaan elok.
semasa melihat wajah arwah buat kali terakhir itu, aku tidak dapat menahan airmata. aku dan sahabat lain berpelukan dan menenangkan diri.semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang mendapat rahmat Allah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin Ya Rabbal Alamin.
buat sahabat yang masih tidak tahu mengenai berita kematian ini, bersama-sama kita menyedekahkan Alfatehah.semoga rohnya tenteram disana.
yang masih hidup,kita teruskan perjuangan hidup. teruskan membaiki diri, insafi segala khilaf dan bersama kita saling ingat mengingatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita berusaha meninggatkan tawadduk dan taqwa kepada Nya.
Assalammualaikum

No comments: